KAEDAH MENGURUSKAN WAKTU BELAJAR
Waktu merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal, dicepatkan, diberhentikan atau dilambatkan. Kita memerlukan banyak masa atau waktu tetapi kita tidak tahu di mana harus kita mencari masa. Masa merupakan sesuatu yang amat bernilai lebih bernilai daripada wang ringgit. Kehilangannya atau terlalai sesaat sudah pasti kita tidak dapat semula waktu tersebut walaupun wang dilabur berjuta ringgit kerana masa takkan mungkin dapat ditukar ganti. Pepatah ada mengatakan ‘lalai sesaat derita seumur hidup’. Antara kaedah-kaedah pengurusan masa yang berkesan adalah seperti berikut:
A) Mengumpulkan Bahan Yang Anda Perlukan
Langkah pertama sebelum anda membahagikan masa adalah anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu maklumat-maklumat penting seperti jadual kuliah, jadual kerja anda, tarikh-tarikh peristiwa penting keluarga, pengembaraan atau percutian serta aktiviti-aktiviti peribadi di samping menyenaraikan aktiviti-aktiviti tambahan yang anda ingin sertai.
Untuk mengurus masa secara berkesan dalam konteks jangka masa panjang adalah dengan membuat sebuah papan projek yang diletakkan di dinding kosong di hadapan meja belajar anda. Dengan berpandukan tugas-tugas umum cuba bahagikan kepada beberapa komponen, misalnya:
Minggu Pertama
Mencatatkan perancangan tugasan ilmiah (assignment) yang melibatkan jangka pendek dan jangka panjang.
Minggu Kedua
Mengadakan perbincangan secara berkumpulan dan agihkan tugasan kepada individu.
Minggu Ketiga
Tugasan dibuat oleh setiap ahli kumpulan dan perbincangan terbuka mengenai tugasan masing-masing dibuat secara berterusan.
Minggu Keempat
Mencatatkan segala butiran pada papan projek dan merumuskan segala topik tugasan yang telah dilakukan dan diperincikan. Penambahbaikan atau pembetulan tugasan dilaksanakan.
B) Menggunakan Kalendar Perancangan Penggal
Ia boleh digunakan seiring dengan penggunaan papan projek anda dengan memindahkan semua maklumat yang ada pada papan projek ke dalam kalendar perancangan penggal. Seterusnya masukkan jadual mingguan kelas / kuliah, jadual kerja rumah, acara-acara keluarga, percutian dan kegiatan kelab atau kokurikulum. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di antara papan projek dengan kalendar perancangan penggal di mana papan projek hanya merupakan ringkasan jadual manakala kalendar perancangan penggal mengandungi semua maklumat penjadualan. Kalendar perancangan penggal boleh menggantikan papan projek sekiranya anda tidak suka menggunakan papan projek.
Ia menjadi penting apabila anda berada dalam persekitaran universiti atau kampus khususnya apabila dibebani dengan tugasan yang banyak, menulis kertas projek dan menulis laporan serta aktiviti kokurikulum. Dengan adanya papan projek ini anda dapat meneliti sekali lalu perjalanan aktiviti yang perlu dilakukan tanpa mengambil masa yang lama untuk menyemak aktiviti telah disenaraikan, apakah ianya telah dilakukan, dan tindakan susulan bagi setiap aktiviti.
C) Merancang Aktiviti Harian Dan Mingguan
Pembentukan perancangan harian dan mingguan amat penting bagi anda kerana ia dapat membantu dan memberikan garis panduan kepada anda untuk melakukan sebarang program yang dirancang berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Ia juga dapat mengelakkan anda membuang atau membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tiga langkah perlu diikuti dalam membuat perancangan aktiviti harian dan mingguan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
Langkah Pertama : Rangka Satu Senarai “Apakah Yang Akan Dibuat”
Langkah pertama yang diambil oleh anda untuk membentuk atau merancang aktiviti harian dan mingguan mestilah terlebih dahulu meneliti papan projek dan kalendar bagi memastikan tugasan yang seharusnya dilakukan pada minggu tersebut. Tugasan tambahan juga perlu dimasukkan jika ada. Misalnya ada janji temu dengan pensyarah atau mesyuarat dan sebagainya dan ianya mestilah disusun mengikut kepentingan tugasan tersebut.
Langkah Kedua : Beri Keutamaan Kepada Tugas
Seandainya anda tidak ada perancangan untuk mengutamakan tugas, sudah pasti anda anda akan menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan. Ini kerana seseorang itu tidak meletakkan keutamaan yang penting diutamakan dan yang kurang penting dikemudiankan, juga mengelakkan diri daripada membuat tugasan mengikut gerak hati yang akhirnya membebankan diri individu tersebut. Apabila anda mampu memastikan keutamaan tugasan ia akan dapat memastikan supaya tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan dan mengikut jadual asal.
Langkah Ketiga : Penuhkan Jadual Harian
Apabila sudah selesai mengesan tugasan mingguan mengikut keutamaan, anda perlu memindahkannya ke dalam jadual harian yang sedia ada mengikut keutamaannya. Anda juga perlu meneliti dan memperhatikan jumlah masa yang diperlukan atau diperuntukan pada setiap tugasan yang perlu disiapkan. Dalam penentuan masa belajar atau membuat tugasan elakkan daripada dipengaruhi oleh minat. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketidakseimbangan pembahagian masa. Misalnya anda berminat dengan subjek Pembangunan Sumber Manusia, maka anda menumpukan lebih banyak masa untuk membuat tugasan dan ulangkaji subjek tersebut berbanding subjek lain. Ini akan menyebabkan masa tidak dapat diurus dengan berkesan iaitu terfokus kepada satu subjek dan menidakkan peluang dan ruang untuk belajar subjek yang lain.
D) Jadual Belajar
Bagi seseorang pelajar merangka sebuah jadual belajar adalah satu kemestian, di mana para pelajar perlu mengambil kira banyak faktor untuk menetapkan jadual belajarnya sendiri. Pelajar boleh merangka jadual belajar dengan berdasarkan perkara-perkara di bawah:
1. Cuba peruntukkan masa beberapa jam sehari diperlukan untuk tujuan belajar dan kemudian bahagikan masa tersebut mengikut keperluan.
2. Cuba kira berapa banyak kerja mesti dilakukan menurut keupayaan anda untuk mematuhi jadual waktu belajar anda nanti. Peruntukkan sebanyak mungkin masa untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja.
3. Kerja sampingan lain hanya anda lakukan jika masa untuk belajar masih berbaki.
4. Anda boleh memilih waktu dalam hari-hari tertentu untuk melaksanakan tujuan ini (kerja-kerja sampingan) dengan sehabis mungkin.
5. Cuba ketepikan masa satu jam atau dua jam setiap hari untuk membuat nota.
6. Anda perlu menulis dan memegang erat motto peribadi seperti ‘biarkan cepat asalkan dapat’, yang bermaksud belajar dan menelaah semua mata pelajaran bermula sejak hari pertama di kelas. Adalah lebih baik dan selamat, daripada baru mulai membuat nota dan menelaah kira-kira seminggu sebelum peperiksaan.
7. Cuba beri keutamaan kepada hal-hal perkuliahan dan pelajaran apabila di rumah atau asrama. Masa yang lebih misalnya pada hari Sabtu dan Ahad bolehlah digunakan untuk aktiviti-aktiviti sampingan.
KESIMPULAN
Masa umpama emas. Satu perumpamaan yang biasa kita dengar saban hari. Ia tidak lain dan tidak bukan menganalogikan atau mengibaratkan nilai masa itu adalah sangat mahal dan sangat rugi untuk sesiapa yang tidak mementingkannya. Sesungguhnya apabila kita menghormati masa, maka kehidupan seharian kita akan menjadi lebih bersistematik, teratur dan efisien. Dalam konteks agama, masa dimartabatkan sebagai satu elemen penting dalam mencorakkan keperibadian seseorang dan peradaban dan perkembangan sesebuah bangsa tersebut. Pengurusan masa merupakan satu entiti yang mampu membentuk kejayaan seseorang di dunia mahu pun akhirat. Masa yang diisi dengan amalan dan pekerjaan yang mulia, dan beribadah kepada Tuhan adalah adalah masa yang digunakan secara berkualiti. Jika dikaitkan unsur masa dengan belajar, tidak dapat disangkal bahawa kaedah belajar dengan pengurusan masa yang mantap akan membuahkan hasil yang cukup besar impak positifnya kepada diri seseorang pelajar.
Bibliografi: http://puterabonda.blogspot.my/2010/02/kaedah-menguruskan-waktu-belajar.html
Sunday, 7 August 2016
Strategi Meningkatkan Ingatan
STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin
Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.
2. Tukar rutin harian
Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.
3. Tidur sekejap waktu siang
Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.
4. Minda fotograf
Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.
Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.
5. Kurangkan makan
Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.
Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.
6. Permainan melatih otak
Permainan latih otak seperti sudoku, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan penyakit nyanyuk.
7. Melayari internet
Cuba mencari masa untuk melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center), USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.
8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi
Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.
9. Mencegah Stress (kemurungan)
Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.
10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)
Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.
11. Kawal tahap gula dalam darah
Kajian menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.
12. Senaman mata
Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.
13. Makan sayuran hijau
Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.
14. Tangani apnea tidur
Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.
15. Belajar sesuatu yang baru
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.
16. Berhenti merokok
Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.
17. Makan coklat hitam
Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.
18. Letak barang-barang pada tempatnya
Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.
Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.
19. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan
Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.
Bibliografi: http://www.alodokter.com/coba-pelajari-cara-meningkatkan-daya-ingat-di-sini
Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
A. Model Gaya Pembelajaran VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning)
Model VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasaskan perbezaan individu iaitu
Visual- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.
Audio- Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah, penerangan
Bacaan- Mencatat semula nota, membuat nota, menghafal nota,menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.
Kinestetik- Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti pembelajaran iaitu seperti menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea kerja lapangan dan sebagainya.
Bibliografi: https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-2-pengurusan-pembelajaran/2-3-mengenali-gaya-pembelajaran-kendiri
A. Model Gaya Pembelajaran VARK ( Visual, Aural, Reading- Writting, Kinesthetic Learning)
Model VARK diasaskan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 (Allen, Scheve & Nieter, 2011). Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasaskan perbezaan individu iaitu
Visual- Pelajar belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik dan penggunaan multimedia dalam aktiviti P&P.
Audio- Pelajar belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah, penerangan
Bacaan- Mencatat semula nota, membuat nota, menghafal nota,menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.
Kinestetik- Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktiviti pembelajaran iaitu seperti menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea kerja lapangan dan sebagainya.
Bibliografi: https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-2-pengurusan-pembelajaran/2-3-mengenali-gaya-pembelajaran-kendiri
Pengurusan Masa
KEMAHIRAN MENGURUS MASA
Jika anda seolah-olah tidak pernah mempunyai masa yang cukup, pengurusan masa yang lebih baik akan membantu anda mendapatkan semula kawalan tersebut.
Sama ada dalam pekerjaan anda atau gaya hidup anda secara keseluruhan, belajar bagaimana untuk menguruskan masa anda secara berkesan akan membantu anda berasa lebih tenang, fokus dan berada dalam kawalan.
"Tujuan pengurusan masa yang baik adalah untuk mencapai keseimbangan gaya hidup yang anda mahu," kata Emma Donaldson-Feilder, seorang ahli psikologi pekerjaan yang disewa.
Berikut adalah tip-tip utama Emma untuk pengurusan masa yang lebih baik:
Menyenaraikan Matlamat Anda
"Kerja siapa yang anda mahu, keutamaan anda dalam kehidupan, dan apa yang anda mahu capai dalam kerjaya atau kehidupan peribadi," kata Emma. "Maka itulah prinsip panduan bagaimana anda menghabiskan masa anda dan bagaimana anda menguruskannya."
Sebaik sahaja anda telah bekerja di luar gambaran yang lebih besar, anda boleh menyenaraikan beberapa matlamat jangka pendek dan jangka sederhana. "Mengetahui matlamat anda akan membantu anda merancang dengan lebih baik dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang akan membantu anda mencapai matlamat tersebut," kata Emma.
Membuat Senarai
Menyenaraikan tugasan adalah cara yang baik untuk menguruskan masa. "Cubalah dan lihatlah apa yang terbaik untuk anda," kata Emma.
Beliau lebih suka untuk menyimpan senarai tugasan dalam bentuk tunggal, untuk mengelakkan kehilangan mengesan beberapa senarai. "Menyimpan senarai akan membantu anda mendapatkan keutamaan dan masa anda. Ia boleh membantu anda menunda tugas-tugas yang tidak mendesak."
Pastikan anda menyimpan senarai anda di tempat yang boleh diakses. Jika anda sentiasa mempunyai telefon anda, simpanlah pada telefon anda.
Tumpuan Kepada Keputusan
Pengurusan masa yang baik di tempat kerja bermakna melakukan kerja yang berkualiti tinggi, bukan kuantiti yang tinggi. Emma menasihatkan supaya tidak menumpukan perhatian kepada kesibukan masing-masing, tetapi kepada keputusan.
"Menghabiskan lebih banyak masa pada sesuatu yang tidak semestinya mencapai lebih banyak," kata beliau. "Tinggal satu jam tambahan di tempat kerja pada akhir hari itu tidak boleh menjadi cara yang paling berkesan untuk menguruskan masa anda."
Mempunyai Rehat Makan Tengah Hari
Ramai orang bekerja ketika rehat tengah hari mereka, tetapi Emma mengatakan bahawa hal ini boleh menjadi tidak produktif. "Sebagai peraturan umum, dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 minit dari meja anda, akan membantu anda untuk menjadikan kerja anda lebih berkesan pada waktu petang," kata beliau.
"Pergi untuk berjalan-jalan di luar rumah atau lebih baik lagi, melakukan senaman," kata Emma. "Anda akan kembali semula bertenaga di meja anda, dengan satu set mata baru dan tumpuan akan dapat diperbaharui."
Merancang hari anda dengan rehat tengah hari juga akan membantu anda untuk membahagikan kerja anda agar menjadi lebih terkawal.
Mengutamakan Tugas-tugas Penting
Tugas boleh dibahagikan kepada empat kategori:
(1) segera dan penting
(2) tidak segera tetapi penting
(3) segera tetapi tidak penting
(4) tidak mendesak dan tidak penting
Orang yang mempunyai pengurusan masa yang baik menumpukan perhatian kepada aktiviti "tidak segera tetapi penting". Dengan cara itu mereka mengurangkan peluang aktiviti yang pernah menjadi "segera dan penting".
"Tujuannya adalah untuk belajar bagaimana untuk menjadi yang lebih baik untuk mengurangkan jumlah tugas segera dan penting. Mempunyai urusan dengan terlalu banyak tugas-tugas segera boleh memberi tekanan," kata Emma.
Sunday, 31 July 2016
Penetapan Matlamat Diri Dan Akademik
Penetapan Matlamat Diri dan Akademik
SMART digunakan untuk membantu individu untuk bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.
SMART
S --- Specific
M--- Measurable
A--- Attainable
R--- Realistic
T---- Timely
The Power of SMART Goals (O'Neill & Conzemius,2006)
Bibliografi: https://www.amazon.com/Power-SMART-Goals-Improve-Learning/dp/1932127879
S= Specific bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana dan kenapa.
M---Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A--- Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan
R--- Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T--- Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.
Bibliografi: https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-2-pengurusan-pembelajaran/2-1-penetapan-matlamat-diri-dan-akademik
MATLAMAT JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG
Matlamat Jangkamasa Panjang & Pendek
Matlamat boleh dibahagikan kepada jangkamasa panjang dan
pendek. Biasanya matlamat akan dibahagikan kapada
1) Jangkamasa Pendek – 6 bulan hingga 1 tahun
2) Jangkamasa Sederhana – 2 tahun
3) JangkaMasa Panjang - 5 tahun hingga 10 tahun
Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu
ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke
arah kecemerlangan.
Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu
ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke
arah kecemerlangan.
Jika ia seorang ahli perniagaan, ia perlulah mempunyai satu
matlamat bagi setiap hari atau minggu atau bulan. Contohnya seorang ahli
perniagaan akan menyusun satu jadual atau pelan yang menunjukkan jumlah dan
target barangan yang perlu dijual serta pelanggan-pelanggan yang perlu ditemui
untuk tujuan urusniaga.
Bagi seorang guru mereka mempunyai rancangan mingguan dan
harian yang menjadi panduan ke arah melaksanakan tugasan mereka dalam proses
pembelajaran di bilik darjah. Rancangan inilah yang merupakan matlamat jangka
pendek bagi seorang guru ke arah memenuhi matlamatnya untuk melahirkan
anak-anak didik yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Bagaimanakah pula dengan seorang pelajar? Menetapkan satu
matlamat di akhir persekolahan adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan
satu destinasi dalam penentuan arah kehidupan.
Tetapi matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai
sekiranya kita tidak berusaha memperolehinya. Setiap usaha memerlukan
perancangan sama ada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan
bagi kita.
Perancangan dan keperluan inilah yang kita namakan sebagai
matlamat jangka pendek seperti kata pepatah melayu, "Sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit". Ianya merupakan satu susunan kerja yang perlu kita
lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit demi
sedikit ke arah kejayaan diri.
Bibliografi: https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=maksud+matlamat+jangka+masa+pendek+
PANDUAN MENCAPAI MATLAMAT
PANDUAN MENCAPAI MATLAMAT
1 1)
Tetapkan matlamat-matlamat utama anda berasaskan
misi peribadi anda. Tuliskan matlamat tersebut di atas kertas. Tampalkan atau
letakkan di tempat yang anda mudah lihat.
2)
Pecahkan matlamat-matlamat anda kepada matlamat
jangka panjang(lima tahun atau lebih), matlamat-matlamat jangka sederhana
(antara 1-5 tahun) dan matlamat-matlamat jangka pendek(kurang daripada
setahun).
3)
Susun matlamat-matlamat anda mengikut keutamaan.
Tanyalah diri anda, “Matlamat manakah paling genting untuk membantu saya
mencapai tujuan saya yang utama?”. Tumpukan usaha anda untuk mencapai matlamat
yang lebih penting dahulu.
4)
Sediakan pelan-pelan tindakan untuk mencapai
matlamat-matlamat anda. Kata orang bijaksana, “Orang yang gagal merancang,
merancang untuk gagal.”
5)
Hidupkan keinginan yang berkobar-kobar untuk
mencapai matlamat-matlamat anda. Bayangkan matlamat-matlamat itu sebagai sudah
tercapai dari semasa ke semasa. Fikirkan selalu tentang manfaat atau kepuasan
yang anda akan nikmati hasil daripada pencapaian matlamat-matlamat anda.
6)
Semak semula kemajuan ke arah pencapaian
matlamat-matlamat anda dari semasa ke semasa. Buat pembaikan di mana perlu agar
anda terus konsisten mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)