Sunday, 31 July 2016

Penetapan Matlamat Diri Dan Akademik

Penetapan Matlamat Diri dan Akademik


Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART.

SMART digunakan untuk membantu individu untuk bagi menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang pengajian dan sepenuh hayat.

SMART
S ---  Specific
M--- Measurable
A--- Attainable
R--- Realistic
T---- Timely
                                 The Power of SMART Goals (O'Neill & Conzemius,2006)
Bibliografi: https://www.amazon.com/Power-SMART-Goals-Improve-Learning/dp/1932127879

S= Specific bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana dan  kenapa.

M---Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .

A--- Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan

R--- Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat

T--- Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

Bibliografi: https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-2-pengurusan-pembelajaran/2-1-penetapan-matlamat-diri-dan-akademik

MATLAMAT JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG

Matlamat Jangkamasa Panjang & Pendek
Matlamat boleh dibahagikan kepada jangkamasa panjang dan pendek. Biasanya matlamat akan dibahagikan kapada
1) Jangkamasa Pendek – 6 bulan hingga 1 tahun
2) Jangkamasa Sederhana – 2 tahun
3) JangkaMasa Panjang - 5 tahun hingga 10 tahun

Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke arah kecemerlangan.

Matlamat jangka pendek ialah segala tindakan yang kita perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang kita iaitu ke arah kecemerlangan.

Jika ia seorang ahli perniagaan, ia perlulah mempunyai satu matlamat bagi setiap hari atau minggu atau bulan. Contohnya seorang ahli perniagaan akan menyusun satu jadual atau pelan yang menunjukkan jumlah dan target barangan yang perlu dijual serta pelanggan-pelanggan yang perlu ditemui untuk tujuan urusniaga.

Bagi seorang guru mereka mempunyai rancangan mingguan dan harian yang menjadi panduan ke arah melaksanakan tugasan mereka dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Rancangan inilah yang merupakan matlamat jangka pendek bagi seorang guru ke arah memenuhi matlamatnya untuk melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Bagaimanakah pula dengan seorang pelajar? Menetapkan satu matlamat di akhir persekolahan adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah kehidupan.

Tetapi matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya kita tidak berusaha memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan sama ada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan bagi kita.


Perancangan dan keperluan inilah yang kita namakan sebagai matlamat jangka pendek seperti kata pepatah melayu, "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit". Ianya merupakan satu susunan kerja yang perlu kita lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit ke arah kejayaan diri.



1    1)      Tetapkan matlamat-matlamat utama anda berasaskan misi peribadi anda. Tuliskan matlamat tersebut di atas kertas. Tampalkan atau letakkan di tempat yang anda mudah lihat.

       
       2)      Pecahkan matlamat-matlamat anda kepada matlamat jangka panjang(lima tahun atau lebih), matlamat-matlamat jangka sederhana (antara 1-5 tahun) dan matlamat-matlamat jangka pendek(kurang daripada setahun).
     
       3)      Susun matlamat-matlamat anda mengikut keutamaan. Tanyalah diri anda, “Matlamat manakah paling genting untuk membantu saya mencapai tujuan saya yang utama?”. Tumpukan usaha anda untuk mencapai matlamat yang lebih penting dahulu.
     
       4)      Sediakan pelan-pelan tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Kata orang bijaksana, “Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal.”
     
       5)      Hidupkan keinginan yang berkobar-kobar untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Bayangkan matlamat-matlamat itu sebagai sudah tercapai dari semasa ke semasa. Fikirkan selalu tentang manfaat atau kepuasan yang anda akan nikmati hasil daripada pencapaian matlamat-matlamat anda. 
     
       6)      Semak semula kemajuan ke arah pencapaian matlamat-matlamat anda dari semasa ke semasa. Buat pembaikan di mana perlu agar anda terus konsisten mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.














2 comments: